Kehidupan awal Zainalabidin

Zainal Abidin Mohamad dilahirkan pada 4 November 1959 di Johor Bahru, Johor dan merupakan anak kelima daripada 10 beradik. Beliau mula menunjukkan minat yang mendalam dalam bidang muzik bermula dengan minatnya kepada alat muzik dram dan perkusi. Beliau sering menghasilkan muzik yang unik, yang dikenali sebagai Afro-Asia.[1] Muzik ini membawa satu pembaharuan dalam industri hiburan tanahair dan menjadi bunyi tandatangan Zainal sehingga meletakkan beliau sebagai penyanyi berstatus legenda.[1]

Dibesarkan dalam keluarga sederhana yang berkecimpung dalam bidang muzik — bakatnya diwarisi daripada bapanya yang merupakan seorang pemuzik dan penyanyi jazz semasa zaman pemerintahan British di Persekutuan Tanah Melayu (zaman moden Malaysia), manakala ibunya ialah seorang penyanyi ghazal yang amat terkenal di negeri Johor pada masa itu.[1] Kerjaya beliau bermula pada usia 15 tahun apabila beliau bermain trombon untuk upacara pengebumian masyarakat Cina dari tokong sehingga ke tanah perkuburan dengan bayaran sebanyak RM 5 untuk setiap majlis. Ia bertukar menjadi sumber pendapatan beliau bagi menyara keluarga.[1]

Rujukan

WikiPedia: Zainalabidin http://www.rotikaya.com/roslan-aziz-rancang-comeba... http://www.star2.com/entertainment/music/music-new... http://www.bharian.com.my/node/60463 http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.nst.com.my/news/2016/07/159302/ikhlas-t... http://www.nst.com.my/news/2016/07/159963/green-pe... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/gabungan-zai... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/zainal-ambil... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt...